24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
NICOSIA: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di Syria, semalam, ketika tempoh yang diberikan oleh Liga Arab kepada negara tersebut untuk menghentikan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan bakal berakhir.
Aktivis kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, berkata enam orang awam mati ditembak pasukan keselamatan dalam beberapa operasi di wilayah Homs, Hama dan Idlib.

Katanya, empat ejen perisikan turut terbunuh selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata dan dua tentera pembelot maut susulan serangan meriam yang dilancarkan di tengah pekan Shayzar.
Manakala seorang lagi individu dibunuh penembak tepat di Homs. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan