20 November 2011

Mahkamah Itali jatuhkan hukuman penjara ke atas 110 ahli mafia

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ROME: Mahkamah di utara bandar Itali, Milan menjatuhkan hukuman penjara sehingga 16 tahun ke atas 110 orang dalam perbicaraan besar-besaran membabitkan ahli mafia Calabrian.

Tertuduh mengejek peguam mereka sendiri sambil bunyi bising sebagai bantahan ketika hukuman dijatuhkan selepas mahkamah mendapati mereka melakukan kesalahan yang mempunyai kaitan dengan keahlian mafia.

Hukuman paling berat dijatuhkan ke atas dua ketua keluarga mafia yang bekerja di Milan iaitu Alessandro Manno yang dipenjara 16 tahun manakala Cosimo Barranca pula dikenakan 14 tahun. - AFP

Tiada ulasan: