24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KAHERAH: Dua orang terbunuh dan beratus yang lain cedera di Mesir selepas polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang bertindak ganas mendesak pilihan raya pertama diadakan sejak kejatuhan pentadbiran Hosni Mubarak.
Beratus penunjuk perasaan menangis sambil memegang sepanduk "Jatuh bersama Tantawi" di Dataran Tahrir, Kaherah, merujuk kepada pemerintah tentera, Hussein Tantawi sambil membaling batu dan melemparkan objek lain ke arah anggota polis yang bersenjata.
Pasukan perubatan mengumumkan kematian Ahmed Mahmoud, 23, yang mengalami kecederaan di dadanya dalam kejadian di Kaherah dan Baha Eddin Mohamed Hussein, 25, terkena peluru getah di Alexandria ketika tunjuk perasaan merebak dari ibu negara berkenaan.
Tunjuk perasaan bermula semalam di Medan Tahrir apabila anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan kekecohan yang dirancang oleh pemberontak yang menggulingkan Mubarak pada Februari lalu. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan