17 November 2011

Agih wang RM100 : Jadi medan kempen politik BN

21 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media

Saya ingin membuat kenyataan media bagi membantah tindakan tidak beretika umno-bn kerana menganggu tugas penjawat awam dalam isu pengagihan wang RM100 kepada murid-murid sekolah yang bermula sejak minggu lepas.

Di sini persoalan timbul apakah kewajarannya pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut.

Amat menyedihkan apabila ada yang terpaksa meninggalkan kerja di pejabat dan sebagainya, amat mendukacitakan kerana mereka terpaksa menunggu lama sebelum dapat wang (RM100) dari melakukan kerja yang lebih penting. Mereka terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin bn dengan menggunakan kesempatan itu untuk berkempen.

Maklumat sahih yang telah diterima melaporkan perkara ini berlaku termasuklah di SRJKC dimana mereka dihidangkan dengan ceramah politik sebelum wang RM100 diagihkan.

Kononnya merekalah yang perihatin dengan pemberikan one off kepada pelajar, sedangkan bagi saya ia jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin BN cuma kerana wang rm100.

Penglibatan orang politik dalam agihan itu membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh banyak pihak.

Sepatutnya urusan agihan wang tersebut diserahkan sepenuhnya kpd pihak sekolah sekiranya bantuan rm100 adalah dengan niat untuk membantu pelajar.

Itupun tidak berbaloi kerana dengan jumlah sekecil itu cuba dicampur aduk dengan kempen dari BN sebelum agihan.

Sungguh memalukan bila media yang sedia ada dengan kawalan ketat oleh BN sudah tidak mampu menjamin keberkesanannya sebagai medan untuk berkempen. Sekarang sekolah pula digunakan.

Lagipun persoalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Paktan Rakyat bahawa agihan itu tidak wajar dilakukan lagi kerana bajet 2012 yang menjanjikan wang rm100 kepada setiap murid itu belum lagi diluluskan dan sedang dibahas di Parlimen.

Tindakan tergesa-gesa mengagihkan wang tersebut saya lihat sebagai tindakan terdesak BN untuk menarik undi menjelang pru ke 13 yang bakal diumumkan.

Saya berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilak BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

BN bagi saya tetap akan dihukum dan disingkirkan oleh rakyat.

Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta.

BN telah sapu bersih dan rompak duit rakyat Malaysia ratusan juta, tetapi beri kepada rakyat RM100 dan diungkit-ungkit?

Rakyat perlu ajar BN supaya "penjenayah" sebegini dapat dihukum sewajarnya, undi PAS PKR dan DAP untuk Mengubah masa depan Malaysia supaya menjadi lebih selamat.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 17 Nov 2011

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekolah Bukit Selambau yang pernah jadi kontroversi dulu siap ada ceramah dari bakal calon BN.

Tanpa Nama berkata...

Betul dan saya sangat setuju.Agihan wang RM100 jadi medan kempen tak rasmi BN untuk PRU 13. BN adalah satu-satunya parti politik yang paling teruk...dan sekarang mereka menggunakan murid sekolah di seluruh Malaysia untuk meraih simpati rakyat.

noraini berkata...

salam
tahniah kerana membongkar kerja penyamun tengahhari oleh BN. Kata orang kalau tak ada jati diri malu pun terbang. Saya amat malu dengan tindakan terdesak yang lebih menyusahkan rakyat. sama-samalah berdoa Allah laknat sikap dan sifat buruk BN dengan melenyapkannya dari mukabumi Malaysia ini. Awas juga yang menggantikan BN nanti mesti buang sikap buruk itu kalau tidak double laknat akan di doakan rakyat yang dizalimi.

Tanpa Nama berkata...

Apalah sangat disebalik pemberian wang RM100 kepada setiap murid-murid sekolah? Kalaulah ianya bermotif politik alangkah hinanya pemberian tersebut meskipun sebahagian dari murid-murid berkenaan barangkali teramat-amat bermakna.Bagi gulungan ibubapa yang berada ia seolah-olah satu pembaziran dan menguntungkan satu pihak yang opportunis tapi tersembunyi disebalik lambakan gulungan pendidik.Apakah diyakini pengagihan tersebut lancar dan bermatlamat atau sekadar cagaran disebalik menjelangnya PRU13? Namun apa yang lebih afdal bahawa keseluruhan jumlah peruntukan itu boleh dimanafaatkan bagi sekolah-sekolah yang amat memerlukan dana untuk pembangunan dan aktiviti dalam penstrukturan pendidikan.

bekas YB berkata...

Memang benar, perkara yang sama berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, Marang, Terengganu pada Selasa lepas. ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah sebagai VIP datang berkempen.

Tanpa Nama berkata...

dan kapal selam sehingga melibatkan pembunuhan altantuya, cincin 24juta, cubaan menyenaraikan dan terbitkan saham felda(lain perkataan nak lelong felda).

dan.....(sila tambah)

Tanpa Nama berkata...

Aku pun tak faham Duit tu bukan duit Bee End, wang itu adalah wang pembayar cukai wang rakyat apa yang Adun BN yang sebuk, ada pulak perasmian pemberian RM100.00 baik tak payah pergi kalau nak beri berikan saja kepada murid murid tu, tak payah ema bapak datang banyak kerja lain kena buat buat rugi cuti saja.