21 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Mengapa Ahli Parlimen (AP) Sarawak kurang bersuara dalam sidang parlimen terutama sekali AP dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang banyak menyumbang kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat. Jarang sekali kita mendengar suara AP dari Sarawak selain Tiong dari Bintulu yang banyak bercakap. Sepatutnya AP dari PBB yang perlu tampil ke depan untuk menyuarakan masalah kaum bumiputera dan rakyat Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan asas lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan luar Bandar.
Pandangan dari penduduk Sarawak antara lain katanya “ semasa perbahasan di Parlimen AP dari Sarawak semuanya tidur langsung tidak ada berucap maupun berdebat macam AP dari negeri-negeri lain macam AP dari sabah, bhg Kinabatangan yang lantang bersuara tetapi dari Sarawak semuanya lesu. Apa sik pandai bersuarakah atau sik mampu berucap baik beri orang lain ajak.Coba bawah ketengah sedikit masalah masalah di Sarawak di parlimen.”
Sepatutnya mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat dan dilantik sebagai AP menyuarakan masalah rakyat di parlimen bukan sekadar duduk dan mengambil elaun saja. Perkara ini sudah lama kita perhatikan mengapa mereka kurang bersemangat untuk bersuara seolah-olah tiada masalah yang berlaku dalam Sarawak. Semua kita tahu bahwa Sarawak adalah antara yang termiskin dalam Malaysia dan masih jauh ketinggalan dari Semenanjung Malaysia sedangkan banyak sumber hasil datang dari Sarawak.
Sepatutnya inilah masanya suara AP dari Sarawak dan Sabah menuntut hak mereka seperti royalty minyak, masalah penggangguran anak tempatan, masalah perumahan yang semakin mahal untuk dibeli, masalah tanah rakyat yang kena rampas untuk kepentingan pihak tertentu dan sebagainya agar dapat di beri perhatian oleh kerajaan Pusat. BN Sarawak telah memberi sumbangan kerusi parlimen terbanyak untuk mengekalkan kuasa kerajaan BN di peringkat pusat maka mereka juga perlu berani tampil ke depan bukan hanya mendiam diri tanpa bersuara untuk kepentingan rakyat Sarawak.
Kita mendesak agar AP atau wakil-wakil rakyat dari Sarawak harus berani bersuara dalam parlimen dan jangan hanya membaca skrip dan mengikut telunjuk pihak yang mempunyai kepentingan atau hanya untuk kepentingan parti mereka saja tetapi suara rakyat langsung tidak diambil kira. Kita harap AP dari Sarawak jangan cepat melenting apabila rakyat menegur sikap AP Sarawak yang kurang bersemangat untuk menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat (Parliament). Semua ini untuk kepentingan dan masa depan rakyat Sarawak agar terus maju dan bangun bersama arus pembangunan yang semakin pesat.
Jangan biarkan rakyat Sarawak menumpang di tanah sendiri dan tanah rakyat jadi mangsa arus pembangunan yang hanya mementingkan kepentingan pihak tertentu saja. Jangan biarkan rakyat terus hidup dalam keadaan daif dan menderita akibat arus pembangunan yang tidak seimbang dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus hidup menderita.
Kalau sudah terpilih menjadi wakil rakyat sepatutnya bekerja untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri, kalau sudah rasa susah sangat hendak berkhidmat untuk rakyat lebih baik jadi perniaga sepenuh masa dari membazir wang rakyat. Rakyat memilih wakil rakyat untuk menyuarakan masalah rakyat bukan sebaliknya. Jadi kita minta mereka yang bercita-cita hendak jadi wakil rakyat mesti ikhlas,jujur,amanah dan bersedia berkorban untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri
1 ulasan:
si bung ini pun kalau bersuara bukan betul-betul berjuang untuk rakyaat kawasan nya tapi untuk mahu glamour saja,cuba tengok ada sudah rakyaatnya bersumpah guna kitab injil tidak mengundi BN sebab wakil rakyaat tidak mempertahan kan Tanah NCR yang telah mereka duduki diambil oleh kaparat cina MCA dari semananjung.jadi wahai rakyaat KINA Batang An...tukar pemimpin ini sebelum kamu merempat di tanah air sendiri
Catat Ulasan