29 November 2011

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Ningxia Selamat Pulang

3 Muharram 1433H. [MOD] -

Kumpulan pertama seramai 332 jemaah haji dari Wilayah Autonomi Hui Ningxia, China selamat kembali ke tanah air selepas mengerjakan fardhu haji di Mekah pagi kelmarin.

Mereka tiba dengan menaiki pesawat sewa khas Air China yang mendarat di Lapangan Terbang Bandar Yinchuan pada pukul 9.40 pagi tadi.

Kumpulan jemaah haji yang terakhir dijangka tiba di Bandar Yinchuan pada 3 Disember ini.

Bagi musim haji kali ini, seramai 2656 umat Islam dari Ningxia selamat menunaikan ibadah haji. 

Tiada ulasan: