29 November 2011

PKR bantah lantik KSU, KSN dari sektor swasta

3 Muharram 1433H. [MOD] -

Pemuda PKR (AMK) menentang tindakan kerajaan mengubah suai skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi (gambar bawah, kiri) berkata, mekanisme seperti itu memperlihatkan seolah-olah perdana menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kualiti dan kemampuan penjawat awam sedia ada.

NONE"Malah ini secara tidak langsung bakal menyekat pengayaan dan perkembangan kerjaya penjawat awam yang berpotensi untuk menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan negara," katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pengubahsuaian itu bermakna mana-mana pekerja swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, jawatan terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

Utusan juga difahamkan, bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak; sementara pihak dalam dan luar perkhidmatan awam boleh memohonnya.

PERKASA: Jangan terburu-buru

Dalam kenyataannya semalam, Najwan berkata, di negara maju, jawatan utama dan strategik dalam sektor perkhidmatan awam tidak sesekali dikontrakkan, malah diberikan kepada penjawat awam yang berpotensi dan berkemahiran luas.

Malah, tambahnya, turut diberikan kepada golongan masih muda berumur sekitar 35 ke 40-an.

"Apakah jawatan-jawatan tertinggi dan strategik kerajaan ini dengan sewenang-wenangnya ‘diswastakan' bawah agenda transformasi perdana menteri?

"Dan apakah jaminan kerahsiaan maklumat kerajaan yang boleh diberi menerusi pelaksanaan program ini sekiranya wujud ruang kondusif untuk tenaga profesional swasta keluar masuk dengan mudah?" soalnya.

syed hassan syed aliDalam perkembangan berkaitan, kumpulan pendesak Melayu PERKASA turut dilaporkan tidak selesa dengan skim baru itu kerana ramai pegawai kerajaan akan kecewa kerana mereka selama ini merupakan tonggak yang menjayakan dasar kerajaan.

"Mereka merangkak dari bawah untuk ke atas dengan pelbagai pengetahuan pentadbiran dan kerap mengikuti kursus serta memberi kursus. Mereka lebih faham agenda kerajaan dan memahami perasaan kakitangan awam.

"Apakah mereka yang memegang jawatan di sektor swasta seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tahu tentang perjalanan sektor awam? Oleh itu, jangan buat sesuatu yang terburu-buru," setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali dipetik sebagai berkata.

malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib tu bukan tahu apa apa. Maka sebab itu lah perkara yang tak sepatut nya berlaku terus berlaku tanpa melihat implikasi masa hadapan.
Najib tu bangang and the stupid PM Malaysia ever had!

Putry Eerynia berkata...

Padan muka dengan PTD yang banyak mengampu dari menjalankan tanggungjawab mereka yang sebenar menjaga integriti dan peraturan kewangan sesebuah organisasi.Contoh pengampu terbesar ialah ketua PTD yang ketot tu....banyak kemusnahan yang telah dilakukanya semenjak jadi ketua PTD.Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul...saya percaya dia takkan berani menegur kerajaan dalam dasar transformasi membuka jawatan utama sektor awam kepada orang luar sebab dia pengampu dan dia juga sekarang ni cuma dalam kontrak. masa depan PTD muda dia tak peduli asalkan dia boleh cari makan dalam jawatan kontrak.So PTD muda hendaklah berjuang untuk masa depan sendiri....jangan dok berharap pada ketua PTD yang telah menjatuhkan 'premiership'PTD.