29 November 2011

Lagi tahanan mati dalam lokap polis

3 Muharram 1433H. [MOD] -

Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.

"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi.

- Bernama

Tiada ulasan: