3 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara ini, mampu dipulihkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memperketat penguatkuasaan dan pelaksanaan akta yang telah dibincangkan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahuddin Ayub berkata, menerusi perbincangan bersama SPRM, tindakan Perdana Menteri itu akan membantu mengimplementasikan semua akta yang sudah dipersetujui sebelum ini.
Menurutnya, jika Najib gagal dalam memberi arahan mempertingkatkan usaha kepada SPRM, penurunan yang diharapkan akan hanya sia-sia.
“Setelah Najib memberi arahan, pasti semua pihak memandang serius menangani isu ini dan akhirnya akan pulih sekali gus memuaskan.
“Tidak kira siapa pun, sama ada daripada parti kerajaan mahupun pembangkang, isu ini harus diberi penekanan. Semua pihak bertanggungjawab memastikan indeks ini menurun,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, CPI bukan isu politik kerana semua badan bertanggungjawab dan harus memainkan peranan.
“Laporan audit negara juga sangat penting sebagai kayu pengukur dalam menentukan CPI ini. Ia menjadi penyumbang kepada kadar naik dan turun CPI, ” katanya.
Sementara itu, seorang lagi Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Tan Seng Giaw berkata, ukuran terhadap CPI sesebuah negara berbeza.
“Kita mengambil indeks ini sebagai ukuran kasar sahaja kerana tiada hasil penyelidikan yangmenunjukkan keputusan tepat dan sempurna.
“Sesuatu penyelidikan perlu mengambil kira semua aspek untuk meningkatkan imej negara,” katanya.
Beliau turut menyarankan aspek pekerjaan diberikan tumpuan bagi menangani gejala rasuah di negara ini.
“Jika semua rakyat faham apa yang boleh dan apa yang tidak saya percaya, CPI negara mampu pulih,” katanya.
Sinar Harian

1 ulasan:
najib kena tegas???najib bapok penyamun baham duit...xkan dia nak maroh org bawah dia...CPI nak pulih senang jek..tukar semua menteri yang xamanah macam najib..lantik pemimpin yang amanah..aku xkisah melayu ke cina ke india...paling penting jujur,amanah...kalau melayu islam tapi penyamun...aku rela dipimpin oleh org kafir...yang lebih amanah dan jujur...
Catat Ulasan