3 Safar 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Orang ramai yang datang berurusan di Balai Polis Trafik Kuantan merungut dan melahirkan rasa kurang senang dengan persekitaran balai tersebut yang didakwa kotor, becak serta tidak terurus.
Mereka mendakwa, setiap kali hujan lebat, persekitaran balai tersebut dilimpahi air berlumpur dipercayai akibat masalah sistem perparitan.
Seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 45 berkata, dia datang ke balai tersebut baru-baru ini untuk menyelesaikan satu urusan berkaitan saman trafik.
Menurutnya, dia terkejut apabila melihat persekitaran balai tersebut yang agak kotor, becak dan seolah-olah tidak terurus.
“Keadaan diburukkan lagi memandang ketika itu musim hujan menyebabkan air lumpur melimpah hingga ke atas jalan di hadapan balai.
“Saya rasa kurang selesa dengan keadaan itu tapi terpaksa menyelesaikan urusan memandangkan sudah berada di situ,” katanya.
Dia berkata, pihak terlibat sepatutnya menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana ia boleh menjejaskan imej balai tersebut dan pasukan secara amnya.
Sementara itu bagi seorang lagi pengadu, Ah Yai, 33 (bukan nama sebenar), kawasan lapang yang becak serta digenangi air di hadapan balai yang menempatkan kenderaan terlibat kemalangan perlu dibersihkan.
Menurutnya, longgokan tanah yang berada di kawasan lapang itu bukan sahaja mencacatkan pandangan malah boleh menyebabkan berlaku aliran air lumpur jika hujan lebat.
“Akibat masalah itu, kebanyakan kenderaan yang terlibat kemalangan terpaksa diletakkan di tepi jalan di luar pagar dan ini juga boleh menyebabkan masalah lain termasuk gangguan kepada pengguna Jalan Mat Kilau,” katanya.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, masalah itu sudah berada di bawah pengetahuannya dan arahan juga diberikan kepada pihak yang terlibat supaya kawasan tersebut dibersihkan.
Menurutnya, tindakan untuk membersihkan kawasan itu mungkin tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana faktor cuaca tidak menentu kebelakangan ini.
“Kita sedar masalah itu bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai malah ia juga menjejaskan imej balai dan pasukan.
“Kita akan mengambil perhatian kepada masalah ini bagaimanapun perlu sedikit masa dan mungkin akan dilaksanakan tahun depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan