3 Safar 1433H. [MOD] -
PONTIAN - Fenomena air pasang besar di Taman Negara Tanjung Piai, mengundang suasana pesta buat orang ramai dan penduduk tempatan untuk merasai keseronokannya bersama keluarga.
Sungguhpun kemeriahan hanya berlangsung sekitar dua jam ketika kemuncak air pasang bermula jam 12 tengah hari semalam, namun ia sudah cukup menarik perhatian orang ramai menikmatinya, bagaikan berada di taman tema.
Malah, ada dalam kalangan pengunjung itu ada membawa pelampung bersama mereka ke daratan penghujung di benua Asia ini. Kejadian yang berlaku tiga hari ketika air pasang besar itu, berjaya menarik ratusan pengunjung di sini.
Ketua Kampung Tanjung Piai, Rohaizat Abdul Hamid berkata, kejadian seperti itu jarang berlaku, terutamanya pada hujung tahun, dan penduduk tempatan khususnya sememangnya menantikan berlakunya kejadian pasang besar ini.
Katanya, kebanyakan penduduk dari sekitar taman negara itu seperti Kampung Serkat dan Kampung Tanjung Piai, sedia maklum mengenainya yang mana air akan memenuhi kawasan halaman masuk ke taman negara setinggi paras buku lali.
“Walaupun air pasang besar dikaitkan dengan air kotor, selain turut membawa sampah sarap, namun keadaan itu tidak berlaku di sini.
“Sebaliknya air laut yang mengalir di sini, bersih dan sejuk memandangkan terdapat paya bakau di sekelilingnya,” katanya.
Langkah keselamatan diambil
Sementara itu, Pengurus Taman Negara Tanjung Piai, Khalid Zahrom berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kejadian itu dan telah menyediakan langkah keselamatan bagi pengunjung.
Katanya, pengunjung yang hendak memasuki kawasan paya bakau di taman negara berkenaan, perlu melalui laluan terletak di sebelah pintu masuk utama di bahagian hadapan.
Selain itu, langkah-langkah keselamatan yang lain turut dititikberatkan dan akan memaklumkan dari masa ke masa mengenai ketinggian air pasang di kawasan berkenaan.
“Pengunjung yang pertama kali menjejakkan kali Taman Negara Tanjung Piai ini teruja melihat dan seronok melihat orang ramai bermain air pasang yang mungkin tidak dapat dilihat di mana-mana tempat di negara ini,” katanya.
Malah katanya, kehadiran pelancong dan penduduk tempatan di taman negara itu cukup menggalakkan bagi tempoh tersebut.
“Biasanya apabila berlakunya air pasang, orang ramai akan menjauhkan diri kerana bimbang akan keselamatan, tetapi kami memberikan peluang mereka untuk bermain dengan pengawasan ibu bapa,” katanya.
Pengunjung seronok main air
Seorang pengunjung dari Sabah, Farah Mohd Raslim, 28, yang pertama kali menjejakkan kali ke Taman Negara Tanjung Piai yang cukup dikenali sebagai Penghujung Benua Asia ini, teruja dan seronok kerana dapat melihat pesta air pasang di sini.
“Ini adalah pengalaman pertama melihat orang ramai bermain air dan rasanya ianya perlu dijadikan tarikan baru kepada pelawat yang mahu datang ke taman negara ini,” katanya.
Siti Zubaidah Sharin, 29, berkata, kunjungannya ke taman negara ini bersama keluarga pada kali ini disifatkan sebagai ‘bertuah’ kerana dapat menyaksikan kejadian air pasang besar yang jarang berlaku.
Katanya, dia dan suami akan menjadi taman negara ini sebagai lokasi pilihan bersiar-siar bersama anak-anak pada masa lapang.
Sementara bagi Sudin Mohammad, 48, dia sememangnya sudah biasa dengan keadaan itu dan kesempatan itu digunakannya untuk bermain bersama anak-anak.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan