25 Safar 1433H. [MOD] -
Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad yakin Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk mengambil alih portfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi menyesuaikan diri sebagai exco.
"Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi," tulis Iskandar dalam laman facebooknya.
"Saya yakin menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan menyerahkan potfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor.
Iskandar juga yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Ali.
"Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting ini," tambahnya.
Dr Ahmad Yunus yang juga ADUN Sijangkang dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.
Dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.
Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.
Malam ini selepas beberapa jam Dr. Ahmad Yunus dilantik je jawatan tersebut, media pro BN mula memainkan isu dengan memutar belit isu dengan menampilkan beberapa orang bekas ahli PAS seperti Nakaie dan Zul Kulim mempertikaikan kedudukan Exco PAS yang tidak diberikan tanggugnjawab menjaga hal ehwal agama.
Keadaan ini jelas mengambarkan tentang media BN yang sudah ketandusan isu bagi menganggu rumah tangga Pakatan Rakyat yang harmoni itu.
4 ulasan:
Biaq pi depa nak menyalak..Memang sifat semula jadi bangsa2 tu semua..!!Dah puas menyalak nanti diam lah depa tu.. Pandi Kutti..betui depa nih..nak jaga tepi kain orang..Tu KATAK KULIM tu yang cuba dapat belas ehsan UMPORNO supaya dapat tempat untuk bertanding dlm PRU13. nanti..! Jadi..kenalah salak lebih-lebih sikit..!!
Pada saya, kalau UMNO sayang sangat dengan Dr Hassan Ali kerana perjuangnya terhadap akidah umat Islam, apa kata UMNO ambil dia untuk jaga mana-mana portfolio agama di dalam UMNO, nak tengok sikit UMNO boleh jadi cacing kepanasan atau tidak dengan tindak tanduk Dr. Hassan Ali. Kalau UMNO tak mahu, tetapi masih meyakini perjuangan akidah orang buangan PAS ni, apa kata berikan sahaja jawatan Nakasone tu padanya, lagipun Nakasone dah tua, tiada sumbangan yang bermakna pun yang dibuatnya.
Jangan lupa juga pada tikus yang kononnya pandai memperbaiki labu... Zulkifli Nordin. Berilah jawatan padanya di dalam UMNO... terutama agana, pasti UMNO mampu menubuhkan skuad jihad pengebom berani mati.
harap2 semua tu bersifat sementara... khalid jangan tamak
N9 pun MB pegang portfolio agama. http://mbn9.com/biografi/
Catat Ulasan