24 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Polis merampas 80 ketulan mampat ganja bernilai lebih RM500,000 yang disembunyikan dalam stor sebuah sekolah memandu terletak di tepi Lebuh Raya Karak, termasuk satu di kawasan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 15 Januari lalu.
Dalam serbuan itu, seorang tenaga pengajar sekolah memandu serta pengawal keselamatan premis warga Indonesia antara tiga suspek lelaki ditahan kerana disyaki mengedar dadah terbabit di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang tenaga pengajar sekolah memandu kira-kira jam 2 pagi di kawasan Lebuh Raya Duke.
Menurutnya, selepas memperoleh maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pergi ke kawasan itu dan menahan suspek berusia 30 tahun sedang berjalan serta dilihat seolah-olah sedang menunggu sesuatu.
“Suspek cuba melarikan diri, namun kita berjaya menangkapnya. Satu ketulan mampat dadah ganja seberat 1.9 kilogram (kg) dianggarkan bernilai kira-kira RM3,400 dijumpai daripada suspek.
“Susulan itu, kita menyerbu sebuah premis sekolah memandu yang terletak di tepi Lebuh Raya Karak kira-kira jam 4.30 pagi dan menahan dua lagi suspek lelaki, seorang penganggur tempatan berusia 38 tahun dan seorang pengawal keselamatan premis berusia 33 tahun,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Tun Hisan berkata, turut dirampas 79 ketulan mampat ganja seberat 153.9 kg dianggarkan bernilai RM523,260 yang disorokkan dalam stor premis. Sebuah kereta jenis Toyota Alphard milik penganggur terbabit turut disita.
Menurutnya, siasatan menunjukkan setiap ketulan itu mengandungi sebanyak 2 kg dadah ganja dan trend ini dipercayai adalah yang terbaru kerana kebiasaannya, satu ketulan mampat ganja hanya mengandungi sebanyak 1 kg bahan terlarang itu.
“Suspek juga boleh mengaut keuntungan lumayan mencecah RM1.7 juta kerana dadah ganja seberat 153.9 kg ini boleh dipecahkan kepada 34,200 paket kecil dan dijual pada harga RM50 sepeket,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat punca bekalan dadah diperoleh dan tidak menolak kemungkinan dadah itu dibawa masuk dari negara jiran berikutan penemuan guni plastik yang tertulis bahasa Thai.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek itu dikesan aktif melakukan kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu di sekitar Lembah Klang.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan