3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PULAU PINANG, 26 Mac: Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mendapat perhatian khas daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Penang International Halal Expo & Conference 2012 (PIHEC 2012) anjuran agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau juga turut menyokong penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang syariah.
Ekspo Perdagangan dan Produk Halal anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu adalah bertaraf antarabangsa dan disertai oleh ratusan syarikat dari Malaysia dan seluruh dunia.
Di antara tetamu kehormat yang mengunjungi ruang pameran Dinar Dirham Kelantan adalah Datuk Hasan Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau memberikan sokongan yang padu terhadap usaha murni KGT untuk mengembalikan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di dalam sistem ekonomi di Malaysia.
Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar pula berkata bahawa KGT sedang berusaha dengan giat untuk mempromosikan penggunaan mata wang syariah melalui kerjasama dua hala di kalangan para usahawan dan peniaga di seluruh Malaysia di dalam urusniaga mereka melalui kerajaan negeri terutamanya di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Malaysia boleh menjemput wakil KGT untuk memberi penerangan mengenai dinar dan dirham.
Beliau menyarankan agar para peniaga Islam menerima dan menggunapakai matawang syariah di dalam urusniaga harian mereka agar perniagaan mereka lebih diberkati.
“Dinar dirham juga boleh digunapakai sebagai alternatif wang biasa untuk simpanan menunaikan haji, umrah,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, KGT kini telah membuka pendaftaran baru untuk wakalah-wakalah di seluruh Malaysia dan negara Asean serta giat menjalankan kempen muamalat dengan mempromosikan penggunaan mata wang syariah.
Maklumat lanjut mengenai Dinar dan Dirham Kelantan boleh dilayari di laman web www.dinarkel.com
KGT masih lagi mengedar Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010.
Reka bentuk baru belum dapat diedar di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jualan dan edaran untuk Dinar Dirham Kelantan versi WIM 2010 masih berjalan seperti biasa melalui wakalah-wakalah KGT dan agen-agen mereka.
Harakah Daily

1 ulasan:
Mohon pihak KGT buat comfirmation dgn semua bank di seluruh Malaysia berkenaan pajak gadai dinar Kelantan bg memudahkan pemilik2 dinar berurusniaga.
Catat Ulasan