3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PARIS - Abang kepada Mohamed Merah yang menyebabkan tujuh orang terbunuh di Perancis minggu lalu dikenakan tuduhan berkaitan kes pembunuhan dan mencuri, demikian menurut sumber-sumber kehakiman semalam.
Abdelkader Merah, 29, dikategorikan sebagai suspek yang ada kaitan dengan kejadian membunuh dan mencuri serta pembabitan dalam keganasan.
Bagaimanapun Abdelkader menafikan tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atasnya tetapi berkata dia memang berada di tempat kejadian apabila adiknya mencuri skuter, yang digunakan untuk melancarkan serangan.
Abdelkader menafikan dia bangga dengan tindakan adiknya itu.
Menurut peguamnya, Abdelkader mengecam dengan keras tindakan adiknya.
Mohamed, 23, terbunuh dalam tembakan pihak polis yang mengepung apartmennya di Toulouse selama 32 jam, Khamis lalu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan