3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KEDAH memilih laluan sukar untuk mara ke saingan separuh akhir Piala FA 2012 selepas sekadar seri tanpa jaringan berdepan T-Team di Alor Setar, kelmarin.
Walaupun pemain Hijau Kuning bermain baik dan mendominasi perlawanan, namun anak didik Wan Jamak Wan Hassan itu jelas gagal memburu gol yang dicari-cari sepanjang 90 minit pertama.
Menurut Wan Jamak, dirinya menuntut para pemain berusaha lebih gigih menjelang aksi timbal balik bagi melangkah ke peringkat seterusnya.
“Kita masih ada baki 90 minit lagi di Kuala Terengganu malam esok. Jelas, benteng pasukan T-Team kental bertahan menyerap segala asakan kami.
“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dan nasib ternyata tidak menyebelahi Kedah kelmarin,” katanya yang bakal turun tanpa khidmat Khyril Muhymeen Zambri akibat penggantungan satu perlawanan.
Dalam pada itu, Wan Jamak kecewa dengan aksi dihidangkan pemain import Kedah dari Ghana, Hamidan Mohamed yang dilihat kurang menyengat dan mensia-siakan banyak peluang terhidang.
“Hamidan gagal membalas kepercayaan diberikan dan saya akan buat keputusan sama ada dia dapat diturunkan atau tidak pada aksi kedua malam esok,” katanya.
Pada perlawanan tersebut, Kedah sedikit tempang selepas turun tanpa pemain utama iaitu Amar Rohidan dan V Thirumurugan kerana masing-masing dibelenggu kecederaan dan penggantungan perlawanan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan