3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PAS Terengganu mempunyai pengalaman pahit ketika menghadapi pelbagai penipuan dalam PRU 2004 dulu menyebabkan ia kalah teruk berbanding PAS negeri lain, sementara tsunami politik tidak melimpah ke negeri itu dalam PRU 2008.
Pengalaman PAS Terengganu menghadapi pelbagai penipuan pada PRU 2004 – dengan penambahan jumlah pengundi berganda, pemindahan berama-ramai pengundi, jumlah yang keluar mengundi sangat luar biasa dan sebagainya – menyebabkan PAS Terengganu kini berusaha bersungguh-sungguh dengan segala persediaan untuk menghadapi, jika berlaku, penipuan besar-besaran lagi dalam PRU Ke-13 nanti.
Mengenai tidak sampainya tsunami politik pada negeri Terengganu dalam PRU yang lalu, tidak seperti sesetengah negeri lain, tentu ada sebabnya dan nampaknya pimpinan PAS Terengganu sudah sangat memahami apa yang berlaku.
Ini semua terkesan oleh saya ketika menghadiri ‘Himpunan Anak-Anak Terengganu Di perantauan 2012’ di Kajang beberapa hari lalu.
Walaupun saya bukan anak Terengganu, tetapi kehadiran saya di majlis itu sangat mengesankan, dapat bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS negeri itu yang lain.
Di samping itu kemesraan dalam salam hangat yang saya terima dari teman-teman anak Terengganu yang hadir hingga tidak terasa saya bukan anak Terengganu.
Dan sangat menarik apabila saya mendapati bahawa majoriti yang hadir di majlis himpunan itu ialah kalangan generasi muda.
Memanglah kebanyakan mereka ini perantau dari Terengganu, namun minat mereka untuk menghadiri majlis serupa ini sangat luar biasa.
Bagi saya ini sebuah gelombang kesedaran anak-anak muda Terenggagu terhadap perubahan dan juga untuk mengembalikan semula negeri yang indah itu ke pangkuan kerajaan PAS setelah terlepas pada tahun 2004 akibat penipuan dan sebagainya.
Pada pendapat saya, dari isyarat yang ada, terutamanya kemunculan generasi muda dan terpelajar dari Terengganu, sudah tentu memberi harapan segar kepada pemimpinan dan pendukung PAS Terengganu di bawah pimpinan YB Wahid Endut, sebagai Pesuruhjayanya.
Sebab itu, Pesuruhjaya yang dinamik ini, dalam ucapannya di perhimpunan yang begitu mendapat sambutan itu, menyebut bahawa peranan perantau amat besar dalam menentukan arah tuju politik negeri tumpah darah mereka.
Insya-Allah, katanya, mereka akan kembali mengundi di Terengganu nanti.
Tentu saja semua pihak mengharapklan PAS akan kembali memerintah Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti untuk melaksanakan pemerintahan Islam yang adil dan saksama kepada rakyat.
Dalam himpunan tersebut, mereka yang hadir dibekalkan dengan 10 tawaran awal manifesto PAS Terengganu yang intisarinya menjunjung tinggi kedaulatan Islam dan prihatin kepada semua rahyat.
Tawaran tersebut memang sangat wajar disambut oleh rakyat Terengganu justru ia berasaskan keadilan Islam.
Namun ada pertanyaan yang segera berligar dalm pemikiran saya iaitu apabila mendengar pandangan Prof Datuk Muhammad Abu Bakar yang menyatakan bahawa kebergantungan rakyat Terengganu kepada kerajaan untuk mendapat imbuhan sangat tinggi. Beliau sebagai salah seorang panel pengulas Diskusi Manifesto.
Ini, katanya, antara faktor menyebabkan lanskap politik negeri itu berubah setiap kali pilihan raya umum.
Beliau menegaskan bahawa faktor itulah yang wajar diubah oleh PAS jika mahu terus kekal memerintah negeri itu.
"Sampai bila orang Terengganu bergantung kepada imbuhan dan habuan kerajaan, misalnya wang ehsan, wang RM300 untuk anak sekolah, wang RM500 untuk pelajar masuk universiti. Inilah yang sukar untuk diubah," kata beliau lagi.
Bagi bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya ini, jika sikap ini berjaya diubah kepada individu yang berdikari mereka lebih berani dan akan bebas berfikir tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan.
Pada pendapat saya, PAS Terengganu mempunyai tugas yang sangat kritikal dan mencabar untuk menukarkan sikap rakyat Terengganu ini. Betapapun beratnya tugas ini namun ia suatu cabaran yang perlu dihadapi.
Suasana di tahun 2004 dan 2008 tentu saja banyak berubah, di mana antaranya, rakyat Terengganu yang terpelajar sudah semakin ramai.
Situasi ini boleh menolong PAS Terengganu melakukan perubahan minda pengundi Terengganu. Namun kita akui masih banyak faktor yang boleh merobah minda masyarakat, bukan saja di Terengganu bahkan di negeri lain.
Ada pandangan dari Prof. Madya, Haji Zainal Abidin Kidam dari Unisel yang sangat wajar diberi perhatian. Beliau menjadi salah seorang pengulas Diskusi Pelancaran Pra Manifesto Terengganu yang sampaikan oleh YB Wahid Endut.
Prof. Madya, Haji Zainal menyebut perlunya isu-isu nasional dibawa dan didedahkan kepada rakyat Terengganu, di samping isu lokal yang memang penting untuk disampaikan.
Katanya, rakyat Terengganu perlu didedahkan kepada isu rasuah penyelewengan, pemborosan, isu kebebasan dan demokrasi.
Ini supaya rakyat Terengganu mengetahui impak atau kesan kepada masa depan politik Terengganu, malah masa depan rakyat Terengganu.
Kata Prof. Madya, Haji Zainal, jangan fikirkan Terengganu untuk Terengganu saja, tetapi ia perlu didedahkan kepada suasana nasional dan global, agar mereka memahami hal-hal yang berlaku di luar Terengganu.
Banyak cadangan dan pandangan dikemukakan oleh para peserta di himpunan tersebut yang wajar diberikan perhatian. Oleh itu tidak syak lagi, himpunan tersebut sangat bererti dan tentunya pimpinan serta pendukung PAS Terengganu wajar mengambil manfaat darinya.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan