3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
MESKIPUN sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Sarawak kelmarin, ia tidak menggusarkan pengurus pasukan skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal kerana perlawanan tersebut adalah medan untuk menguji pemain baru untuk skuad kebangsaan.
Bukan mahu mendabik dada, Subahan menjelaskan sebahagian besar pemain adalah kalangan pemain baru yang pertama kali diturunkan.
“Keputusan itu tidak penting kerana perlawanan itu adalah medan untuk jurulatih, Datuk K Rajagobal memilih bakat baru terutama pemain dari Sarawak untuk mengenal pasti pemain yang dapat diketengahkan dan kelemahan mereka,” katanya Sinar Harian semalam.
“Malah, tiada pemain ternama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat mahupun Norshahrul Idlan Talha yang diturunkan kerana masing-masing sibuk dengan Piala FA dan Liga Super,” katanya.
Yakin untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki tahun ini, beliau berkata, keputusan akhir pemilihan pemain akan dilakukan pada bulan Julai depan.
“Semua pihak perlu memberi ruang kepada jurulatih untuk mencari formula terbaik untuk peningkatan skuad kebangsaan.
“Tuduhan yang dilemparkan mengenai prestasi skuad kebangsaan baru-baru ini adalah tidak berasas sedangkan mereka berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan