08 Mei 2012

Bangkai burung undan timbul tanda tanya

16 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

LIMA - Sebanyak 1,200 ekor bangkai burung undan memenuhi sepanjang kawasan pantai Peru yang mana seminggu selepas 600 ekor bangkai ikan lumba-lumba turut ditemui terdampar di situ.

Susulan kejadian itu, kerajaan Peru bertindak mengeluarkan amaran kesihatan dengan mengarahkan penduduk agar menjauhkan diri daripada kawasan pantai sementara saintis mengkaji punca kematian haiwan berkenaan.

Kementerian Kesihatan turut menyarankan pegawainya agar menggunakan sarung tangan, topeng mulut dan mengenakan pakaian perlindungan ketika mengutip bangkai burung itu.

Pegawai di jabatan Kementerian Kesihatan, Oscar Dominguez berkata, uji kaji terhadap beberapa bangkai burung menunjukkan haiwan berkenaan kekurangan khasiat makanan, dan tidak berkaitan dengan jangkitan virus selesema burung.

Pada tahun 1997, kematian burung undan dan ikan lumba-lumba berlaku secara mendadak di jajaran pantai utara Peru yang didakwa kerana perubahan iklim iaitu fenomena El Nino.

sinar harian/-

3 ulasan:

Az berkata...

Assalamu'alaikum YB Drs. Saya cuba menghubungi YB melalui e-mail namun saya gagal untuk mendapat alamat e-mail YB, termasuk setelah saya klik pada sidebar "Hubungi YB dengan Email" di sebelah kanan blog ini. Saya ada kemusykilan yang mungkin perlukan "edvise" dari YB. Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

HMM,, PELIKNYE.. KNP EK? LImaza???

Az berkata...

liannani uriidu an-asalu assa'ilah....(hoho..dah lama tinggalkan pengajian Arab)...

Sebenarnya saya ada menghantarkan e-mail kepada YB Dr. Mujahid ttg lokasi mengundi saya yg diletakkan di Parlimen P. Buntar, DUN Titi Serong, namun belum ada jawapan lagi dari beliau. Sbb itu saya ingin lanjutkan juga permasalahn saya kepada YB Dr Khalil Idham, mungkin boleh membantu. Alamat e-mail saya: ad.aziznur@gmail.com. TQ