14 Ramadhan 1433H. [MOD] -
Badminton masih terus menyalakan harapan tinggi Malaysia dalam memburu emas pertama negara dalam temasya Sukan Olimpik dengan Datuk Lee Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong layak ke separuh akhir pada hari keenam, semalam.
Koo dan Tan merupakan atlet pertama menceriakan kontinjen Malaysia selepas menjinakkan beregu Thailand, Isara Bodin/Jongit Maneepong 21-16, 21-18 dalam masa 43 minit pada perlawanan suku akhir di Arena Wembley.
Bagaimanapun, Koo dan Tan, beregu nombor lapan dunia, terpaksa berdepan dengan beregu nombor dua dunia, Cai Yun/Fu Haifeng dari China pada separuh akhir Sabtu ini.
Manakala Chong Wei, pilihan utama di sini dan sandaran utama dalam membawa pulang emas pertama negara, seperti dijangkakan, menempah tiket ke separuh akhir dengan menundukkan pemain India, Kashyap Parupali, 21-19, 21-11 dalam masa 44 minit.
Chong Wei, pemain nombor dua dunia, akan berdepan dengan pemain ranking tiga dunia, Chen Long dari China, dalam perlawanan separuh akhir pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia hari ini.
Chong Wei memang pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Bejing apabila kalah kepada musuh ketat Lin Dan dari China pada perlawanan akhir.
Bagaimanapun, dalam kolam renang, Khoo Cai Lin, satu-satunya perenang Malaysia, gagal melepasi saringan 2 acara 800m gaya bebas wanita dengan hanya mampu menduduki tangga keenam daripada lapan perenang dengan masa 8:51.18s.
Beliau ketinggalan 16.000 saat daripada pemenang saringan 2, Julia Hassler dari Liechtenstein yang mencatatkan masa 8:35.18s. Hanya juara setiap daripada lapan saringan, layak ke final.
Esok di Padang Kriket Lord, pemanah Khairul Anuar Mohamad mempunyai peluang ke final dalam acara Recurve individu lelaki.
Tetapi terlebih dahulu, Khairul Anuar perlu berdepan dengan pemanah tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan ketiga.
Penerjun negara Cheong Jui Hoong/Ng Yan Yan akan bersaing dalam acara 3m papan anjal manakala pelumba basikal wanita Fatehah Mustafa akan mula merasai pengalaman sulung dalam Sukan Olimpik apabila beraksi dalam acara keirin.
Sementara itu, Chong Wei mengambil masa 44 minit untuk menundukkan Kashyap Parupali.
Pada set pembukaan, Chong Wei, mula melakukan gerakan perlahan untuk mencari rentak selepas tidak beraksi secara kompetitif akibat kecederaan buku lali sejak Mei lalu, dan terpaksa ketinggalan 3-6, 5-9, 6-10, 10-14.
Bagaimanapun, Chong Wei, yang menang pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, berjaya memburu mata demi mata untuk menyamakan kedudukan 15-15 sebelum mengutip set pertama 21-19 dalam masa 27 minit.
Pada set kedua, Chong Wei mula memantapkan pukulan set-piece dan Kashyap tidak dapat menandingi ketangkasan pemain pilihan utama itu sebelum akur dengan keputusan 21-11 dalam masa 17 minit.
Selepas mengharungi dua perlawanan dalam kumpulan A menentang Ville Lang dari Finland dan pemain Indonesia, Simon Santoso, Chong Wei berkata walaupun nampak mudah namum Kasyhap memang memberi tekanan kepadanya.
"Dia bagus dan cuba mengganggu rentak sehingga memaksa saya melakukan beberapa kesilapan. Sekiranya saya ikut rentaknya, dia akan kalahkan saya," kata Chong Wei selepas perlawanan itu.
Dalam pada itu, dalam satu lagi pertemuan suku akhir, Chen Long tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain berpengalaman dari Denmark, Peter Gade dengan keputusan 21-16, 21-13.
Mengenai pertemuan dengan Chen Long hari ini, Chong Wei berkata lawannya itu dikenali dengan corak agresif dengan melakukan pukulan rali.
"Saya perlu bersedia untuk mengubah rentak," katanya.
Berpandukan statistik lepas, Chong Wei mempunyai kelebihan 6:4 dan kali terakhir mengalahkan pemain China itu pada Terbuka Malaysia 2012 Januari lepas dalam rubber-set 21-18, 17-21, 21-13.
Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata Chen Long dijangka menampilkan permainan rali dan Chong Wei perlu menggunakan ketangkasan untuk mematahkan rentak lawan.
"Chen Long telah mengubah gerakan taktikal dari pantas dan serang kepada pukulan jauh dan di situ Chong Wei perlu berjaga-jaga kerana lawannya itu hanya menunggu masa untuk mematikan pukulan," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan