14 Ramadhan 1433H. [MOD] -
SA'LABAH bin Hatib, kehidupannya cukup sederhana, beliau adalah seorang lelaki yang taat menunaikan ibadah dan selalu berjemaah bersama Nabi Muhammad SAW. Kehairanan menerpa Rasulullah, apabila setiap kali usai solat, Sa’labah segera bangkit pulang ke rumahnya tanpa sempat bersalaman dan berzikir dengan jemaah lain.
Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada Sa’labah.” Hai Sa’labah, "Mengapa engkau cepat bangkit dari duduk mu apabila selesai menunaikan solat bersama kami?”.
Lelaki itu menjelaskan kepada Rasulullah, beliau hanya mempunyai sehelai kain untuk solat. Beliau perlu cepat kembali ke rumah supaya kain yang dipakainya itu akan dipakai pula oleh isterinya untuk solat. Bagaimanapun, di sebalik ketaatannya itu, Sa’labah ada menyimpan sedikit perasaan ingin menjadi kaya. Berjumpalah Sa’labah dengan Rasulullah dan mengharapkan supaya Nabi berdoa kepada ALLAH supaya beliau beroleh kekayaan.
Mendengar permintaan Sa’labah itu, Rasulullah memandangnya dengan penuh kehairanan, lalu Baginda bertanya, “Untuk apa rezeki yang banyak itu wahai Sa’labah? Menurut pendapat ku, lebih baik bersederhana kerana rezeki yang banyak akan menyusahkan kita kelak!”, hujah Rasulullah. Sa’labah terdiam. Dalam diamnya itu nafsu ingin kaya yang sudah lama tertanam di hatinya semakin menjadi-jadi.
Tidak lama selepas itu, Sa’labah menyampaikan lagi permohonannya kepada Rasulullah. Permintaannya kali ini disertai dengan alasan yang lebih kuat, antara lain Sa’labah berkata; “Kalau aku kaya kelak, golongan miskin dan melarat akan ku beri bantuan secukupnya, akan ku dirikan hospital, membangunkan rumah ibadah.
Pendek kata, segala harta yang dikurniakan akan digunakan sebaik-baiknya demi keredaan ALLAH,” Mendengar ucapan Sa’labah yang bersungguh-sungguh itu maka Rasulullah mendoakan kepada ALLAH agar Sa’labah dikurniakan-Nya dengan harta yang banyak.
ALLAH memakbulkan permintaan hamba dan Rasul-Nya. Rezeki Sa’labah makin bertambah. Kambing Sa’labah makin membiak dengan banyaknya.
Semenjak kekayaannya bertambah, ibadahnya pun semakin berkurangan. Solat berjemaah tidak lagi dihadirinya akibat terlalu sibuk menguruskan kambingnya sudah berkembang biak itu. Dahulu sebelum beroleh harta kekayaan Sa’labah pernah berjanji kepada Rasulullah bahawa dia ingin menggunakan segala kekayaannya itu untuk berjuang ke jalan ALLAH tetapi dia tidak menepati janji.
Pada suatu hari turunlah ayat mewajibkan zakat kepada Nabi. Maka perintah zakat itu segera disampaikan oleh Rasulullah kepada segenap umat Islam yang mampu tidak terkecuali Sa’labah. Ketika amil sampai ke rumah Sa’labah, beliau tidak mempercayai suruhan itu bahkan mencurigai Rasulullah sendiri. Padanya itu hanya peraturan Rasulullah kerana cemburu disebabkan kambingnya yang banyak yang mesti dizakatkan dan bukannya perintah ALLAH.
Sa’labah tidak mempedulikan utusan Rasulullah. Dia masih juga tidak mahu membayar zakatnya kerana disangkanya perintah menunaikan zakat itu adalah ciptaan Rasullullah sendiri. Baliklah amil itu dengan perasaan hampa. Begitulah sifat Sa’labah setiap kali utusan Rasulullah datang. Ada sahaja helah dan alasan yang dikemukakannya untuk mengelakkan dari membayar zakat.
Pada masa itu, turunlah Firman ALLAH: “Di antara mereka, ada yang berjanji kepada ALLAH. Sekiranya aku diberi rezeki yang banyak, aku akan banyak memberi sedekah, aku akan menjadi orang yang soleh. Tetapi, setelah mereka memperoleh rezeki yang berlimpah ruah lalu mereka menjadi orang yang bakhil dan berpaling dari janjinya. Akhirnya mereka ditimpa penyakit Munafik pada hari di mana mereka itu kembali kepada ALLAH disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan kebohongan mereka. Apakah mereka tidak tahu, bahawa ALLAH itu Maha
Mengetahui segala rahsia dan apa yang tersirat dalam hati mereka dan bahawa ALLAH itu mengetahui segala perkara ghaib .” (Surah al-Baqarah: 75-78)
Salah seorang daripada sahabat Sa’labah yang mengetahui turunnya ayat itu segera memberitahunya. Kata sahabat Sa’labah tersebut: “Berhati-hatilah engkau.
Apakah kambing-kambing mu yang banyak itu akan engkau bawa ke mati? Dahulu engkau telah berjanji kepada ALLAH dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad! Sa’labah sahabat ku, zakat yang diminta oleh utusan Rasulullah itu bukanlah untuk Baginda dan bukan pula Baginda yang mengadakan hukum zakat itu.” Mendengar penjelasan sahabatnya itu, membuatkan Sa’labah sedar akan kesalahan dan keangkuhannya selama ini.
Sa’labah bukan sahaja insaf, malah merasa takut yang amat sangat.
Tanpa berfikir panjang lagi. Sa’labah berjumpa Rasulullah dengan membawa berpuluh-puluh ekor kambing untuk dizakatkannya. Tetapi Rasulullah hanya menggelengkan kepala sambil mengatakan bahawa Baginda tidak menerima zakat itu, bahkan pintu zakat sudah tertutup bagi Sa’labah.
Mendengar jawapan tersebut Sa’labah menangis sekuat-kuat hatinya.
Sa’labah kembali ke rumahnya dengan membawa kambingnya itu. Hatinya penuh dengan penyesalan. Usaha Sa’labah hendak menyerahkan zakat ternakannya gagal. Hinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Osman bin Affan iaitu selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.
Beliau tetap dalam keadaan takut, kecewa dan menyesal kerana zakatnya tidak diterima lagi sedangkan ancaman ALLAH sudah turun ditujukan kepada orang yang enggan membayar zakat.
SUMBER: http://dakwah-imanyakin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan