14 Ramadhan 1433H. [MOD] -
SEKINCHAN - Polis mencari saksi bagi membantu siasatan satu kes kemalangan langgar lari melibatkan penunggang basikal di kilometer 70 Jalan Teluk Intan - Klang, dekat Parit 7 Sungai Leman, malam Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, seorang budak 11 tahun maut serta merta di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah akibat dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga BLM berwarna hitam.
"Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Azman Mustafa, mengayuh basikal ke kedai runcit berhampiran sebelum sebuah kereta merempuhnya dari arah belakang.
"Kita percaya kereta melanggar mangsa dipandu laju dan jenisnya dikenalpasti berdasarkan serpihan bamper kereta yang berada di tempat kejadian,"katanya.
Menurut Mushar, polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan identiti suspek langgar lari tersebut dan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada saksi kejadian.
"Saya berharap mereka yang menyaksikan kejadian tampil memberikan kerjasama bagi mengesan suspek dan memastikan tindakan undang-undang dapat diambil,"katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Norizan Ramli di talian 03-32245963 atau 012-5188046 bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian berasingan, seorang remaja, Muhd Anuar Maa’duan, 18, maut dirempuh kereta Proton Gen 2, di Jalan Batu 38 Sabak, kira-kira jam 5.45 petang, hari yang sama.
Noor Mushar berkata, dalam kejadian itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dari Sabak ke Tebuk Berihun hilang kawalan dan merempuh motosikal Honda EX-5 yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan.
"Pemandu berusia 36 itu dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil dan siasatan terperinci sedang dijalankan,"katanya.
Mangsa yang sedang menunggu tawaran kemasukan ke universiti itu maut serta merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
Sementara itu, Noor Mushar menggesa pengguna lebih menitikberatkan aspek keselamatan jalan raya terutamanya menjelang musim perayaan yang akan tiba nanti.
"Pemanduan yang berhemah dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan pada masa sama menyelamatkan lebih banyak nyawa,"katanya.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan