19 September 2012

Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz

3 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!

"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu.

TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.

Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud.

Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud.

Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud.

harakahdaily/-

2 ulasan:

Awanama berkata...

puak-puak tu sebenarnya bukan ikhlas dengan isu hudud, sebab tu mereka tanya karpal singh. depa tu memang dah lupa atau sengaja buat buta dan pekak bahawa pemimpin mereka mahathir , najib adalah penentang tegar peaksanaan hudud dalam negara ini.PUAK NI MEMANG DAH HILANG KEMALUANNYA BIA BERTANYA ISU HUDU KEPADA ORANG BUKAN ISLAM.....JELAS LAGI TERANG PUAK INI MEMANG JAHAT.

Awanama berkata...

mmg puak2 ni macam tu tak ingat allah dlm kerja buat mereka apakah setelah allah turunkan bala bnbaru nak ingat allah