19 September 2012

Hui Yee pergi jua!

3 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PILU...Dina menatap gambar Hui Yee.
KENANGAN...Hui Yee ketika menerima rawatan di IJN pada 2006.

BATU PAHAT: “Bulan depan jantung yang saya guna genap lima tahun, mak tolong masakkan saya ‘Mee Sua’ (Mee Sup) dan jangan lupa jemput kawan-kawan saya sekali.” Itu permintaan terakhir penerima jantung, Tee Hui Yee, 19, kepada ibunya Dina Bato Sam Bua, 51, kelmarin sebelum meninggal dunia, pagi semalam.

Hui Yee remaja yang pernah mendapat perhatian masyarakat selepas penderitaannya bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal dilaporkan media, meninggal dunia jam 10.02 pagi semalam selepas mengadu sakit bahu kanan, malam kelmarin.

Dina berkata, sebelum Hui Yee mengadu sakit, dia bersama rakannya sempat keluar ke bandar untuk makan ‘steam boat’ yang juga makanan kegemarannya.

“Hui Yee ada beritahu saya dia ke bandar untuk makan steam boat bersama rakannya, tetapi saya hairan kerana dia pulang awal malam itu.


“Saya diberitahu rakannya yang Hui Yee muntah teruk sebelum mengadu sakit tulang bahu kanan.

metro/-

Tiada ulasan: