15 Syawal 1433H. [MOD] -
HULU TERENGGANU – Kanopi tetamu lelaki terbang, 10 keping atap melayang. Begitulah keadaan di rumah pengantin lelaki Azmi Abd Rashid, 34, akibat kejadian ribut puting beliung yang melanda pada jam 6.30 petang kelmarin.
Kejadian disifatkan yang terburuk melanda kampung itu turut menyebabkan 20 rumah penduduk mengalami kerosakan khususnya di bahagian atap selain sebatang pokok rambutan dan pokok rambai tumbang menghempap rumah.
Sinar Harian difahamkan kejadian serupa turut melanda enam buah kampung lain di Dun Kuala Berang dipercayai akibat puting beliung yang sama iaitu Kampung Gaung, Tajin, Telaga Teluk Balai, Pulau Kudat dan Kampung Tanggol.
Kata Azmi, dia amat bersyukur kerana kejadian berlaku sebaik berakhirnya majlis perkahwinannya.
"Saya sangat bersyukur, kerana kejadian ribut ini melanda pada waktu petang, setelah semua tetamu pulang bagaimanapun bumbung rumah ibu, (Zaimah Ismail, 67) mengalami kerosakan.
"Saya tidak dapat bayangkan jika kejadian ini berlaku pada waktu tengah hari ketika majlis sedang berlangsung, tentunya ramai yang kelam kabut dan ketakutan," katanya.
Katanya, sebelum kejadian hujan, ketika itu dia berada di bilik pengantin mengalihkan barang perkahwinan daripada basah kerana atap rumahnya bocor.
"Saya mengemas barang hantaran termasuk beg pakaian isteri (Safinah Salleh, 34) untuk elak basah kerana atap bocor kerana semalam (kelmarin) dia sudah bertandang ke sini sempena majlis menyambut menantu.
"Ketika itu pekerja sedang mengemas kanopi yang digunakan pada majlis kenduri untuk dibawa pulang," katanya.
Namun secara tiba-tiba kedengaran angin menderu kencang seperti puting beliung, kata Azmi dia melihat kanopi terbang di depan matanya yang meninjau melalui tingkap rumah.
"Saya tidak sangka kenduri sambut menantu ini meninggalkan sejarah tersendiri buat kami sekeluarga," katanya.
Lihat pusaran angin menghala ke rumah
"Pakcik laung azan kerana terlalu takut, ketika itu pakcik lihat angin berpusar seperti puting beliung menghala ke rumah."
Demikian kata seorang warga emas, Tengku Embok@Mahari Tengku Mat, 60 ketika menceritakan detik cemas setelah ribut melanda Kampung Telaga, petang kelmarin.
Menurut Tengku Embok, dia sebelum itu ingin ke Masjid Kampung Telaga untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah namun membatalkan hasrat itu setelah melihat langir gelap pekat dan angin bertiup kencang berlainan daripada biasa.
"Pakcik sudah masuk ke dalam kereta untuk ke masjid tetapi tidak jadi kerana lihat langit gelap pekat dan angin kencang, pakcik berasa tidak sedap hati ketika itu dan kemudian kembali ke dalam rumah.
"Pakcik kemudian ke dapur dan dari tingkap pakcik lihat pusaran angin seperti puting beliung menghala ke rumah, pakcik laung azan sekuat hati kerana terlalu takut," katanya.
Menurut Tuan Embok, ketika itu isterinya, Tuan Kembang Syed Mamat, 53, membaca ayat suci al-Quran.
Selepas itu katanya, dia, isteri dan tujuh ahli keluarga lain berkumpul di ruang tamu dan tidak membenarkan sesiapa menaiki tingkat atas.
"Nasib baik saya tidak benarkan sesiapa naik ke tingkat atas kerana tidak lama kemudian kedengaran bunyi yang kuat serentak dengan kedenga-ran seperti ada benda berat terjatuh ke lantai.
"Air hujan turun mencurah-curah selepas bunyi kuat itu menyebabkan rumah kami dipenuhi air," katanya.
Ketika itu, barulah Tuan Embok menyedari yang atap rumahnya telah diterbangkan angin.
“Kejadian berlaku hanya beberapa ketika sahaja tetapi sebanyak 10 keping atap rumah melayang. Sejak 30 tahun tinggal di sini, ini kejadian pertama dialami apatah lagi saya melihat sendiri pusaran angin putih yang bergerak laju menghala ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, bagi Tuan Kembang, tidak ada kata-kata dapat diluahkan bagi menggambarkan rasa takut dialaminya ketika kejadian dan jika suaminya tiada pada waktu itu dia mungkin hanya mampu menangis ketakutan.
Pokok tumbang hempap bilik tidur anak
"Saya tidak sangka pokok tumbang hempap dua bilik tidur anak walaupun dengar bunyi kuat ketika sedang berbual dengan jiran."
Demikian kata Mansor Jusoh, 53, menceritakan saat cemas yang turut dialami ketika kejadian ribut itu.
Ketika kejadian kata Mansor, ahli keluarganya tiada di rumah dan sedang berbual dengan jiran yang berkunjung ke rumahnya di ruang ramu.
"Walaupun melihat pokok di hadapan rumah meliang-liuk namun tidak sangka pokok rambai yang ditanam, di hadapan rumah akan tumbang dan menghempap bilik anak.
"Saya hanya sedar kejadian itu setelah terdengar serpihan sesuatu jatuh ke lantai, barulah saya bangun untuk meninjau di bilik tidur anak," katanya.
Mansor kemudiannya sangat terkejut apabila melihat bumbung bilik tidur anaknya berlubang dan bilik itu dipenuhi air hujan, daun dan ranting pokok.
Katanya, sejak 25 tahun tinggal di situ, itulah kejadian paling buruk yang pernah dialami.
Tidak tahu ribut melanda
Berlainan kisahnya dengan Siti Minah Salleh, 59, yang menyedari kejadian ribut hanya setelah keadaan reda.
Lebih malang, dia juga tidak tahu pokok rambutan yang ditanam di hadapan rumahnya menghempap garaj.
"Makcik tahu angin kuat di luar dan makcik serta enam ahli keluarga yang lain bertindak menutup pintu dan tingkap kerana ketika itu hujan, kami hanya duduk di dalam rumah dan tidak ambil tahu apa yang berlaku di luar.
"Hanya selepas anak makcik, Rosidawati Musa, 36, yang secara kebetulan membuka pintu utama kira-kira jam 7 petang untuk keluar barulah kami sedar.
“Selain garaj dihempap pokok rambutan, hampir 10 keping atap rumah di bahagian hadapan melayang.
"Jika dianggarkan jumlah kerugian mungkin melebihi RM3,000, apa-apapun makcik tetap bersyukur kerana kami sekeluarga selamat," katanya.
Kata Siti Minah, sejak lebih 30 tahun tinggal di situ, itu kejadian pertama dialami.
"Walaupun tidak melihat ataupun merasai kesan puting beliung itu, namun melihat kepada kerosa-kan rumah termasuk kediaman jiran dan pokok tumbang, makcik yakin ia benar-benar dahsyat,” katanya.
Hanya mampu laung azan
Penduduk Kampung Gaung, Mamat Salleh, 69, berkata, sebelum kejadian dia sedang berehat di rumah kerana ketika itu hujan lebat dan secara tiba-tiba terdengar bunyi angin yang agak kuat lalu menjengah keluar melalui pintu depan.
“Pakcik benar-benar terkejut, melihat pusaran angin semakin menghampiri rumah namun tidak dapat melakukan apa-apa. Pakcik hanya mampu melaungkan azan dan ketika itulah angin kencang tadi kembali reda.
“Sejak lebih 20 tahun tinggal di sini, ini kejadian yang paling teruk dialami walaupun sekitar lima tahun lalu pernah terjadi ribut,” katanya.
Terburuk dalam sejarah: Adun
Sementara itu, Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berkata hampir 50 buah rumah di tujuh buah kampung dalam Dun Kuala Berang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut petang kelmarin yang sememangnya dianggap terburuk dalam sejarah.
“Kejadian ribut petang semalam (kelmarin) sebenarnya sukar digambarkan dengan kata-kata apatah lagi ia disifatkan paling buruk berlaku khususnya di Kampung Telaga. Tambahan pula, ia terjadi dalam lingkungan masa yang sama melibatkan banyak buah kampung dalam Dun Kuala Berang.
“Walaupun banyak rumah alami kerosakan terutamanya melibatkan bahagian bumbung, syukurlah tiada sebarang kecederaan. Diharapkan semua penduduk terlibat bersabar dan reda dengan ujian-Nya ini,” katanya.
Bagi Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadzli Ismail berkata, pihaknya telahpun turun padang menilai jumlah kerosakan dialami penduduk sebagai proses awal sebelum Bantuan Bencana disalurkan kepada yang terlibat.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan