03 September 2012

Minggu Mesra Pelajar UKM tercemar

15 Syawal 1433H. [MOD] -

Tindakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) dan sesetengah Pemudah Cara yang menghalang Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) daripada menyambut dan meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi 2012/2013 di kampus UKM Bangi amat mendukacitakan.

Rombongan awal pagi PMUKM yang diketuai oleh Presiden PMUKM, Ahmad Muzzammil Mohd Hairi serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) lain telah dihalang untuk berada di perkarangan kolej Kediaman Ibrahim Yaakob (KIY) oleh oleh Pemudah Cara Kolej.

Ekoran dari itu, Timbalan Pengetua Kolej KIY, Dr Rizal turut maki hamun oleh barisan MPP di hadapan ibu bapa ketika sesi pendaftaran pelajar baru sedang berlangsung.

Selain dari itu, PMUKM turut dihalang oleh TNC HEPA sendiri di kolej kediaman Keris Mas.

Alasan yang diberikan oleh TNC HEPA ketika menghalang kehadiran anggota PMUKM ke kolej berkenaan atas dasar PMUKM telah terbubar dengan sendiri pada hujung bulan Jun lepas.

Walau bagaimanapun PMUKM langsung tidak diberikan notis pembubaran PMUKM sehingga saat sekarang.

PMUKM menyelar keras tindakan tersebut yang dilihat terlalu tidak rasional kerana sewajarnya PMUKM sebuah badan tertinggi pelajar diberikan ruang untuk meraikan bersama pelajar-pelajar baru sekalipun pihak pentadbiran menafikan hak PMUKM mengendalikan Minggu Mesra Pelajar (MMP).

Perkara ini tidak berlaku di kebanyakan kampus kerana sememangnya Minggu Mesra Pelajar (MMP) dikendalikan oleh MPP sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PMUKM menganggap tindakan pentadbiran begitu terdesak dan dilihat sangat pelik serta bermotifkan politik.

PMUKM juga menyatakan tindakan menghalang dan menahan MPP untuk menyambut kedatangan pelajar baru merupakan tindakan “double standard” pihak pentadbiran melayan barisan kepimpinan pelajar yang dimenangi oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam Pilihan Raya Kampus yang lalu.

Tahun lalu, pentadbiran UKM juga telah mengetepikan barisan PMUKM dalam mengendalikan Minggu Mesra Pelajar (MMP) bagi sesi 2011/2012 dengan melantik barisan kelab penyokong Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dilihat “mesra” aspirasi berbanding kabinet PMUKM yang sedia ada.

Tindakan berat sebelah itu juga terserlah tahun lalu dengan tindakan menghalang MPP GMUKM dari memantau perjalanan setiap tempat pendaftaran pelajar baru sedangkan MPP Pro Aspirasi dibenarkan bahkan turut bersama-sama dengan pelajar baru.

Selain itu, MPP Pro Aspirasi juga turut dilantik sebagai jawatan kuasa MMP bahkan diberikan slot khas bagi kolej tertentu.

Layanan “double standard” ini tidak diragui lagi jika dilihat pada pelantikan barisan kepimpinan Pesta Konvo terdiri dari kelab rakan HEP sedangkan menjadi tradisi turun temurun bahawa Pesta Konvo di bawah kelolaan PMUKM. Ironinya perkara ini berlaku ketika sesi PMUKM di bawah GMUKM.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pentadbiran UKM turut campur tangan mengatur strategi memenangkan calon pilihan pentadbiran dalam Pilihan Raya Kampus yang dijangka pada 25 September ini.

Tindakan tersebut mencabar kredibiliti pentadbiran dalam melayan pilihan pelajar UKM secara sah.

Persatuan Mahasiswa UKM ( PMUKM ) terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) yang dipilih melalui Pilihan Raya Kampus ( PRK ) setiap tahun. Pro Mahasiswa di UKM dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa UKM ( GMUKM ). Bagi PRK sesi 2010/2011, calon-calon GMUKM menang secara majoriti dan membentuk kerajaan PMUKM. Bagi PRK 2011/2012 tidak dijalankan dan pentadbiran UKM telah menyambung lantikan PMUKM menjadikan PMUKM sekarang masih terdiri dari MPP GMUKM sehingga dibubarkan bagi PRK 2012/2013.

harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah dasar melayu otak umno bn memang semuanya bangang belaka