15 Syawal 1433H. [MOD] -
GAZA – Ketua Fraksi Hamas di Gaza, Khalil al-Haya, bersumpah akan menghapuskan Israel dari peta dunia dan beliau menegaskan kembali bahawa al-Quds (Jerusalem) bukanlah kawasan yang dijual beli.
“Kami akan terus bekerja pada malam dan siang hari untuk menghapuskan pendudukan yang hina di tanah air kami kerana al-Quds bukanlah tanah untuk dijual beli dan tidak akan dikembalikan apabila kita berdiam diri, serta mengutarakan permohonan. Tanah itu akan kembali dengan perjuangan,” jelas al-Haya, sebagaimana dilaporkan Arutz Sheva.
Beliau menjelaskan bahawa usaha penentangan bukanlah tindakan langsung, namun beliau tidak akan membiarkan mereka melakukan pencerobohan dan serangan.
“Kami bersedia untuk menguasai wilayah kami dan menang,” tegasnya.
Pernyataan itu dilontarkan al-Haya dalam ucapannya di sebuah majlis di Gaza yang bertujuan untuk meningkatkan komitmen Hamas terhadap Jerusalem, di samping menyentuh masalah pertemuan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas dengan seorang Ketua Israel.
“Kami mendesak seluruh negara-negara Arab agar bersatu dan memperjuangkan kemerdekaan Palestin dari Israel dengan cara mengusir seluruh perwakilan Israel di negaranya dan negara-negara Arab pun diminta untuk tidak memperbaiki hubungan dengan negara Zionis itu,” tegasnya lagi.
Sementara itu Pengerusi Jabatan Hamas di Jerusalem Ahmed Mahmoud Halabia mendakwa, Israel menggunakan senjata kimia untuk merosakkan asas Masjid al-Aqsa. Tuntutan itu muncul kerana terlihatnya keretakan di dinding masjid tersebut.
Halabia turut mengecam kedatangan para pelancong Yahudi ke Masjid al-Aqsa kerana pada saat itu, pelancong-pelancong juga mengadakan upacara agama di Masjid al-Aqsa selain menuduh Israel mengajak warga Yahudi untuk beribadah di tempat bersejarah umat Islam itu.
HARMONI MALAYSIA/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan