2 Muharram 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU:
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengaharapkan Muktamar Tahunan
PAS kali ke-58 yang berlangsung bermula hari ini menjadi medan
memperkuatkan parti berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan
datang.
Berucap memberikan aluan pada muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini beliau berkata, para perwakilan harus menggunakan peluang muktamar ini sebaik mungkin kerana PAS sudah tidak banyak masa untuk menghadapi PRU13.

Ini
kerana menurutnya, PRU13 mesti diadakan paling lewat pada tarikh 27 Jun
2013 manakala parlimen akan terbubar secara automatik pada tarikh 29
April jika tiada sebarang pembubaran lebih awal dari itu.
Justeru katanya, muktamar ini adalah masa paling penting yang ada untuk melakukan penambahbaikan dan persediaan untuk parti.
"Muktamar ini mesti digunakan untuk memberi kritikan membina kerana kita sudah tidak banyak masa untuk PRU13," tegasnya.
Menurt beliau lagi, semua pihak meyakini bahawa pilihan raya akan datang ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negara ini.
Ianya boleh dilihat dari kenyataan pemimpin-pemimpin Umno BN yang mendakwa pilihan raya kali ini adalah hidup mati bagi mereka.
"Sabab itu kita meyakini bahawa Umno BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka," tegasnya lagi.
Sehubungan itu gesanya, semua pihak dalam parti perlu bersiap sedia pada taham paling tinggi berdepan segala manipulasi yang akan berlaku.
Beliau juga memberi peringatan bahawa menawan Putrajaya 'bukan matlamat akhir' PAS dalam menyertai politik negara ini.
Namun ujarnya, matlamat lebih besar adalah mengisi kemenangan selepas itu dengan perinsip keadilan Islam dalam pemerintahan.

Sementara itu, hampir 5000 perwakilan dan pemerhati hadir pada muktamar PAS kali ini.
Selain pemimpin PAS, pimpinan Pakatan Rakyat lain yang hadir termasuklah Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw.
Wakil-wakil gerakan Islam antarabangsa juga turut hadir pada muktamar ini dan antaranya Hamas Syria dan gerakan Islam dari Sri Lanka.
Muktamar kali ini juga turut dihadiri ahli baru PAS khususnya dari kalangan bekas pegawai kerajaan, seniman dan artis, ahli kademik dan aktivis masyarakat.
Pada sesi pagi ini akan berlangsung Ucapan Dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dijangka memberi fokus khusus kepada beberapa isu termasuk persiapan PRU13.

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan