16 November 2012

Pengundi warga asing bakal adili BN

2 Muharram 1433H. [MOD] -

 Sejak hari dilaporkan berlakunya kes rogol oleh tiga anggota polis Malaysia terhadap mangsa seorang TKI atau tenaga kerja Indonesia, media di Indonesia selama dua hari berturut-turut mengangkat isu tersebut sebagai isu nasional yang telah mencalarkan maruah mereka. 

Bahkan turut diungkit tentang isu ‘Indonesian Maid For Sale’ yang dikatakan masih belum meredakan  panasnya  telinga para TKI. Saluran TV Swasta yang paling hangat membicarakan kes ini sehingga diforumkan adalah TVOne, diikuti MetroTV dan TVInspirasi.

 Dalam satu wawancara TVInspirasi dengan seorang bekas pembantu rumah TKI di Malaysia, dinyatakan oleh TKI tersebut bahawa selama bekerja di Malaysia, perkara yang dijanjikan tidak pernah dipatuhi. Isu ini sesungguhnya boleh memanaskan kembali hubungan Malaysia-Indonesia yang selama ini panas dingin. 

Bagi saya sebagai orang awam dan rakyat Malaysia melihat kes ini sesuatu yang sangat memalukan. Suatu jenayah kemanusiaan. Pihak berwajib  sepatutnya melindungi orang ramai bukannya melakukan jenayah terhadap mereka. Menyemak dialog dalam filem Ahmad Albab, 

Syawal mengingatkan Sarjana, “Ente polisi mesti jaga keamanan, bukan bikin rusuhan”.  Kita berharap kerajaan Barisan Nasional mampu menangani masalah ini seadilnya. Syabas diucapkan kepada kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) Pulau Pinang yang sangat mengambil berat terhadap mangsa. 

Apapun kita tahu, rakyat Indonesia mempunyai ikatan kenegaraan yang amat kukuh dalam kalangan mereka. Mungkin mereka yang telah mendapat keistimewaan sebagai pengundi di Malaysia bakal menghukum Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti. 


Oleh Annuar Kamaruddin.

Tiada ulasan: