16 November 2012

Buat perangai lepas popular

2 Muharram 1433H. [MOD] -

KAJANG: Dia digelar ustaz selepas diangkat menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. 

Namun perwatakan sebagai suami penyayang dan menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.

Ustaz yang berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat petroleum terkemuka negara itu dikatakan mengugut isteri dan keluarga mentua apabila menuntut wang RM140,000 daripada isterinya atas alasan membayar kembali kos sara hidup dia bersama isterinya, termasuk perbelanjaan ketika membawa anak saudara keluar bersiar-siar.

Kemuncak drama gila lelaki terbabit berlaku apabila dia memberanikan diri pergi ke rumah ibu mentuanya di Pahang, pada Isnin lalu.

Dia menunggu di luar rumah untuk menuntut wang berkenaan.

metro/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok juga Az*** tu buat macam tu, biar padan muka bini dia..... dahulu sewaktu beliau bertanding untuk Imam Muda Astro Aosis, habis semua FB bini beliau ditarik untuk memberi undi popular kepada Ustaz Munafik ni, ha....sekarang apa dah jadi? Seronok kan dapat laki begitu? Yang laki pun bodoh! Kalau nak kahwin lagi satu, tak payahlah maklumkan kepada mertua atau bini, sampai kiamat pun mereka tidak akan beri "green light", nama aje Imam Muda tapi bodoh macam lembu...

Kalau kita mahukan dunia, maka dunia lah yang akan kita dapat!