KUALA LUMPUR — Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan hampir pulih
sepenuhnya dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun
kepada 149 orang setakat 10.00 malam ini, berbanding 913 petang tadi.
Bilangan mangsa banjir tertinggi yang dicatatkan sejak bencana alam
itu melanda Pantai Timur untuk tempoh seminggu adalah 23,235 orang,
iaitu pada Khamis lalu.
Di Terengganu, hanya satu pusat penempatan banjir dibuka iaitu di Kuala Terengganu dengan 119 mangsa.
Jumlah korban banjir masih lagi enam orang di Terengganu, menurut portal banjir negeri.
Di Kelantan, hanya 30 mangsa berada di pusat pemindahan di Tumpat. — BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan