17 Safar 1433H. [MOD] -
LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.
KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya
dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi
perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di
Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.
Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak
lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun
untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul
lelaki berkenaan.
Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.
Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.

Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan