04 Disember 2012

Penemuan Gas Terbaru Sarawak: Wajar Royalti Sarawak Ditingkatkan 20%

20 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Sarawak bersyukur dengan penemuan terbaru simpanan
gas (gas reserve) di perairan Miri oleh PETRONAS baru-baru ini.

Penemuan gas di  lapangan Kuang Utara dan Tukau Timur ini dianggarkan
mempunyai simpanan gas sebanyak 4.4 TSCF (trillion standard cubic
feet). Penemuan terbaru ini menunjukkan Sarawak ialah negeri yang kaya
dengan hasil asli terutama hasil minyak dan gas.

Hasil gas  ini hendaklah dimanfaatkan untuk kemajuaan dan
kesejahteraan rakyat Sarawak, sesuai dengan tuntutan Islam untuk
sesuatu hasil hendaklah dibelanjakan untuk negeri tersebut sebelum
dipindahkan kepada kerajaan pusat. Fokus utama hendaklah diberikan
kepada pembangunan infrastruktur asas seperti lebuhraya, kemudahan air
bersih dan elektrik di seluruh Sarawak serta program-program
mensifarkan kemiskinan di kalangan rakyat Sarawak. 

Kami menganggarkan
pendapatan sebanyak RM43 billion sepanjang operasi pengeluaran gas
daripada dua lapangan ini. Dengan menganggarkan operasi pengeluaran
selama 20 tahun, hasil tahunan daripada penemuan terbaru ini ialah
RM2.16 billion setahun. Kami meneruskan tuntutan 20% royalti daripada
hasil pendapatan tersebut yang dianggarkan RM430 juta setahun bermula
daripada tahun pengeluaran pertama.

Dengan jumlah royalti tahunan sebesar ini, kemiskinan di Sarawak
dengan kadar 5.3% mampu disifarkan sepenuhnya hanya dalam masa
setahun. Dalam masa yang sama, sekiranya keseluruhan hasil daripada
20% royalti gas ini dijumlahkan untuk 20 tahun operasinya, kerajaan
negeri akan memperoleh hampir RM 9.0 bilion yang dianggarkan mampu
membina sekitar 60,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat Sarawak
yang memerlukan.

Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah sedar bahawa hasil minyak dan gas
Sarawak ialah milik rakyat Sarawak dan hendaklah dikembalikan kepada
rakyat Sarawak. Hasil royalti 20% selaras dengan tuntutan NGO R dan
Pakatan Rakyat ini hendaklah disokong oleh kerajaan negeri demi
kesejahteraan rakyat Sarawak. Janganlah berslogan juara rakyat tetapi
tidak mahu membela nasib rakyat sendiri.

pas sarawak/-

Tiada ulasan: