20 Muharram 1433H. [MOD] -
|
KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah
diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan
sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.
Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan
individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu
seramai 241,740 orang.
Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta
tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka
berhutang berbanding golongan wanita.
Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.
Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar
hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang
sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.
Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat
hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian
menggali lubang hutang yang baharu.
“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.
“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.
“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan