Pengarah
komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan
untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional
Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.
ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.
Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.
Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.
"Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna," katanya.

malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan