21 Februari 2013

14 cedera letupan gas di Kansas City

10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


14 cedera letupan gas di Kansas City
Anggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran di Kansas City.
 
KANSAS CITY - Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dan dua dikhuatiri hilang apabila satu letupan gas yang mencetuskan kebakaran besar berlaku di bandar mewah Kansas City, Amerika Syarikat, semalam.

Pengurus Kansas City, Troy Schulte berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada kontraktor utiliti yang mungkin menyebabkan letupan tersebut.

“Setakat ini kami belum menerima laporan kematian berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, polis Kansas City, Rhonda Flores berkata, letupan itu berpunca daripada sebuah kereta yang merempuh gas utama kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan).

“Seramai 100 anggota bomba dari empat balai dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran,” katanya.

Menurut seorang saksi, sebelum letupan berlaku mereka terhidu bau gas dari sebuah restoran berhampiran. - AFP

Tiada ulasan: