10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya
parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,
di sini yang dalam proses baik pulih, runtuh hari ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata ketika
kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, lapan pekerja sedang menjalankan
kerja membaik pulih bumbung stadium itu.
"Dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur
asal bumbung telah runtuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pekerja yang parah ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi
Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21, manakala dua yang cedera ringan
ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh,
31.
Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat runtuhan setengah jam
selepas runtuhan dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur
Zahirah, katanya.
Hamzah berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai akibat
kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses
menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika ditemui pemberita di Seri
Iman di sini, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian
pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja
baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.
Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15
juta setelah bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun
2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Ahmad Faizan Ramli yang juga
rakan mangsa berkata beliau mendengar satu bunyi dentuman yang kuat
sebelum melihat kerangka besi itu runtuh menghempap rakannya.
"Ketika kejadian rakan-rakanya sedang melakukan kerja pemotongan
struktur bumbung lama yang turut membabitkan penggunaan beberapa kren,"
katanya.
Seorang daripada mangsa yang terselamat, Safian Abdul Manaf, 21, berkata kejadian berlaku terlalu pantas kira-kira sejam selepas dia mula bekerja.
Katanya ketika itu dia sedang mengalih kerangka sepanjang 137 meter dengan ketinggian 25 meter dan sempat melihat kerangka besi itu jatuh lalu menghempapnya.
Akibat kejadian itu dia mengalami patah kaki kanan, luka di mulut serta patah gigi.
"Lepas dihempap, muka saya pula tersembam di bahagian tangga sehingga menyebabkan gigi saya patah dan mulut saya berdarah. Lepas tu, saya dah tak sedar apa-apa," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Selain Safian, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 25, yang cedera di lutut kanan serta Mohd Saidi Ismail, 21, yang cedera di pinggang.
Dua mangsa yang cedera ringan ialah Mohd Syukri Jusuh, 31, dan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan kesemua mereka turut dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, seorang lagi pekerja, Mohd. Ariff Harun, 18, berkata ketika kejadian, dia sempat lari menyelamatkan diri kerana berada di bahagian bawah runtuhan.
Bagaimanapun, dia berkata runtuhan itu mengenai pinggangnya dan dia turut mendapatkan rawatan pesakit luar walaupun hanya mengalami lenguh-lenguh.
"Saya nampak kejadian itu berlaku dan saya tidak rasa ia berpunca daripada kelalaian kerana kerangka besi itu sememangnya nampak goyang dan tidak kukuh," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan