10 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kuantan: Seorang pembantu rumah kini bertarung dengan maut di Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dibelasah
dengan kayu sepanjang satu meter hingga koma oleh seorang penyamun yang
memecah masuk rumah majikannya di Lorong Sekilau 61, Taman Perdana,
Jalan Haji Ahmad di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Bahriah Amaq Limah, 30, dari
Lombok Tengah, Indonesia, parah di kepala, muka dan mata kanan akibat
dihentak dengan kayu sebelum penyamun berkenaan melarikan diri bersama
hasil rompakan dianggar bernilai RM7,000.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa tinggal berdua dengan ibu
mentua majikannya yang berusia 70 tahun dan sedang melakukan rutin
harian membersihkan bahagian atas rumah dua tingkat itu manakala warga
emas berkenaan berada di dapur.
Majikan mangsa yang mahu dikenali sebagai Hee, 37, berkata wanita yang baru tiga bulan bekerja dengannya itu kini terlantar di ICU HTAA dan masih tidak sedarkan diri.
Majikan mangsa yang mahu dikenali sebagai Hee, 37, berkata wanita yang baru tiga bulan bekerja dengannya itu kini terlantar di ICU HTAA dan masih tidak sedarkan diri.
BAHRIAH kini terlantar di ICU.
Hee, seorang peniaga bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon daripada ibu mentuanya memaklumkan kejadian berkenaan.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan