Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan memendam derita berikutan
sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung tidak memberi
kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah semakin
besar kepala.
Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20 jahitan di kepala dan badan
apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan pisau pemotong
daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki berusia 49 tahun itu
menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal sikap panas
barannya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.
“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan