08 Februari 2013

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Kong Xi Fa Chai Untuk Masyarakat Cina

Setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan perayaan masing-masing seperti
sambutan tahun baru. Masyarakat Cina percaya bahawa setiap manusia
yang lahir mempunyai pengaruh terhadap personaliti dan sikap. Tahun
Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina untuk
menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina
terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar
Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru,
hijau dan ungu. Inilah uniknya Malaysia, kita hidup dalam masyarakat
yang berbagai kaum, agama dan kepercayaan. Kita seharusnya saling
hormat menghormati antara satu sama lain untuk mengelak rusuhan kaum
dan agama.

Dengan semangat perpaduan dan muhibah serta saling hormat menghormati
antara satu sama lain sudah pasti kita akan mudah mencapai kejayaan
bersama menuju kearah Negara yang aman, harmoni dan adil untuk semua.

Saya bagi pihak PAS Sarawak, ingin mengambil peluang menyampaikan
ucapan selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua masyarakat Cina
walaupun dimana mereka berada, agar kita saling hormat-menghormati
antara satu sama lain dan bekerjasama kearah negara makmur dan
sejahtera.

Kepada mereka yang balik kampung bercuti atau ke distinasi
masing-masing, berhati-hati semasa memandu di jalanraya agar sampai ke
tempat tujuan dengan selamat. Kong Xi Fa Chai dari PAS Sarawak

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Tiada ulasan: