AMPANG: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA), Yazid Sufaat hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun
Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki
terlibat dalam aktiviti keganasan.
Yazid
dituduh melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan
dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan
tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut
orang awam di Syria.
Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zulkipli.
Yazid dituduh melakukan perbuatan itu di alamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda.
Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Yazid ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari semalam.
Isteri Yazid, Chomel Mohamad turut hadir ke mahkamah ditemani seorang anak perempuannya.
Beliau kelihatan tenang sepanjang menunggu Yazid dibawa dari Mahkamah Jalan Duta dan sewaktu pertuduhan dibacakan.

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan