23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Bapa remaja terbabit, Chen Fook Chai, 42, berkata, dua anaknya Chen
Poh Choo, 15, dan Chen Poh Fong, 13, keluar dari rumah untuk ke sekolah
berhampiran rumah kira-kira jam 12 tengah hari.
Pada kebiasaannya, anaknya itu berjalan ke sekolah dan akan pulang sebelum jam 7 malam setiap hari.
Bagaimanapun pada hari kejadian, mereka tidak pulang sehingga lewat malam dan memaksa Fook dan isterinya Lee Lay Chin, 35, keluar mencari kedua-dua anak mereka kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
Bagaimanapun pada hari kejadian, mereka tidak pulang sehingga lewat malam dan memaksa Fook dan isterinya Lee Lay Chin, 35, keluar mencari kedua-dua anak mereka kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
POH Choo (kiri) dan Poh Fong yang hilang sejak Rabu lalu.
“Saya cuba menghubungi telefon bimbit mereka, namun gagal. Berikutan itu, saya dan isteri keluar mencari mereka di sekolah dan juga rumah rakan terdekat yang dikenali, tapi hampa kerana panggilan tidak dijawab, selain rakannya tidak mengetahui ke mana anak saya pergi selepas sekolah.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan