OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang
merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini
semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga
dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu
berada pada takat - 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan
air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging
rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka
sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak
boleh dihidupkan lagi. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan