|
AMMAN, Jordan - Serangan roket yang dilancarkan ke kubu kuat
pemberontak di bandar Aleppo, Syria semalam membunuh sekurang-kurangnya
20 orang dan menyebabkan 25 yang lain hilang, jelas kumpulan aktivis.
Enam orang kanak-kanak dikatakan antara mangsa yang terbunuh dalam serangan terbaharu regim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
"Roket itu mengakibatkan tiga buah bangunan di daerah Jabal Badro
runtuh. Mayat-mayat mangsa mula dikeluarkan secara satu persatu. Ada
mangsa termasuklah kanak-kanak meninggal dunia di hospital," kata
seorang aktivis, Mohammad Nour menerusi satu panggilan telefon.
Menurut mereka yang terselamat, dianggarkan 25 orang lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Roket itu kemudian dikenal pasti sebagai Scud yang digunakan secara
meluas oleh tentera kerajaan ke atas kumpulan pemberontak di Aleppo dan
wilayah Deir a-Zor. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan