15 Mei 2013

30,000 sertai himpunan 'Blackout 505' Kuantan

5 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Himpunan ke empat Suara Rakyat Suara Keramat membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang berlangsung di Kuantan malam tadi sekali lagi menarik puluhan ribu rakyat turut menyertainya.

Himpunan bertempat di kawasan letak kereta berhampiran pejabat PKR di Jalan Beserah di sini itu menyaksikan lautan manusia berpakaian hitam, warna tema protes tanda terkuburnya demokrasi pada 5 Mei lalu atau disebut 'Blackout 505'.

Seperti biasa, pelbagai spanduk dan poster membawa mesej bantahan terhadap ketelusan pilihan raya turut dibawa oleh peserta.

Selain Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pimpinan parti itu yang hadir termasuk Datuk Johari Abdul, Badrul Hisham Shaharin, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail serta Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Wakil PAS pula termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.

Anwar dalam ucapannya berkata, himpunan tersebut adalah manifestasi bantahan rakyat terhadap "kemenangan yang dirompak".

"Perhimpunan ini hasrat rakyat. Kami menang pilihan raya kamu rompak kemenangan ini. Orang Umno kata terimalah keputusan ini. Keptusan apa, keptusan rompak?

"Kamu terima orang rompak kereta kamu, harta kamu, tanah kamu, kamu nak suruh rakyat terima?

"(Perhimpunan) ini menengenai maruah rakyat menuntut pilihan raya bebas dan adil," katanya.

Sementara itu penganjur menganggarkan kehadiran malam tadi mencecah 30,000 orang.

Jumlah itu difahamkan tidak termasuk mereka yang beradal di kawasan luar padang yang tidak dapat masuk akibat kawasan penuh.

Kehadiran itu disifatkan sebgai memberangsangkan biarpun tempat himpunan terpaksa bertukar di saat-saat akhir atas arahan pihak polis.

Himpunan malam tadi itu pada asalnya dijadual berlangsung di Padang Mahkota Aman, Kuantan.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz saya ingin bertanya,