10 Mei 2013

Kedua-dua kaki Azizan selamat dibedah

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam tadi.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi penyakin kencing manis sekitar jam 11.30 malam tadi.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid memberitahu harakahdaily, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.
“Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.
Azizan, yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dimasukkan ke hospital tersebut dalam keadaan tenat pada Rabu lalu.
Keadaan kesihatan beliau bertambah baik semalam setelah mendapat empat jenis suntikan untuk menstabilkan tekanan darah (inotropes) iaitu dopamine, dobutamine, noradrenaline, adrenaline di Unit Rawatan Kritikal (CCU) hospital itu.
Antara tetamu kehormat yang mengunjungi beliau ialah Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik, Datuk Mukhriz Mahathir.
FMT/-

Tiada ulasan: