10 Mei 2013

Lepas dapat mandat haram, BN naikkan harga barang, petrol

cukainaik29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 10 MEI: Pakatan Rakyat tidak menolak spekulasi harga barangan keperluan asas termasuk petrol akan naik dalam masa terdekat selepas PRU dan menambah beban ekonomi rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Chang Lih Kang.

Beliau berkata, kegagalan Malaysia mengawal kenaikan harga barang itu adalah kesan daripada kelemahan kerajaan Umno BN menambah pendapatan negara melalui aktiviti pelaburan dan perdagangan yang lebih baik di samping aktiviti ekonomi tidak bermoral seperti ketirisan dan rasuah yang gagal dibendung.

“Malaysia berhadapan dasar ekonomi yang gagal membendung masalah ketirisan sehingga menyebabkan perbendaharaan negara semakin menyusut dan angka hutang negara terus meningkat di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Akhirnya kerajaan Umno BN hanya cekap bertindak mencari pendapatan dengan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan harga barang keperluan asas yang dimulai dengan kenaikan harga petrol dan diesel,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu.

Katanya lagi, tindakan Umno BN menciplak dasar ekonomi yang digariskan dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat tetap gagal memulihkan ekonomi negara kerana Malaysia tidak berusaha membendung jenayah ekonomi dengan lebih tegas.

“Manifesto Rakyat bukan sahaja mampu menaikkan pendapatan negara dengan cara berhemah tetapi masalah ketirisan dan rasuah turut sama dibendung dan ini yang gagal difahami oleh Umno BN.
“Pakatan bukan bercakap soal ekonomi sahaja tetapi juga menekankan tatakelola yang sempurna bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Lih Kang tidak menyalahkan rakyat kerana memberi sokongan kepada BN untuk kekal berkuasa kerana undi popular Pakatan lebih tinggi dan sepatutnya mendapat mandat memerintah.
“Saya tidak nampak rakyat yang bersalah kerana hakikatnya Pakatan yang menang berdasarkan undi popular. Isu sekarang ialah BN mendapat mandat secara haram, kemudian bebankan pula rakyat dengan menaikkan harga barang keperluan,” ujarnya.

keadilandaily/-

1 ulasan:

Khamsi Abdullah berkata...

Sapa yang undi BN tu apalah dorang fikir? Beli barang nak time sale, tapi bile orang tawar minyak, kereta murah dan pendidikan free...nak jugak yang mahal. Dahla dunia tak dapat, akhirat? Duk bersekongkol dengan pemimnpin yang meratah harta awam dan menyuntik racun sosial dalam minda rakyat.. Semoga Allah memelihara setiap orang Mu'min.