MADRID: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho akan meninggalkan kelab itu penghujung musim ini selepas tiga tahun bersama kelab Sepanyol itu, sekali gus menyaksikan beliau kemungkinan kembali ke Chelsea.
Jurulatih dari Portugal berusia 50 tahun itu mempunyai dua lagi perlawanan untuk menamatkan musim ini pada 1 Jun dan meninggalkan Madrid tanpa memenangi sebarang trofi musim ini.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez mengumumkan dalam satu sidang media bahawa pihaknya dan Mourinho berjaya mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak jurulatih dalam satu pertemuan, awal hari ini.
“Selepas tiga tahun, kami bersetuju ia adalah masa terbaik untuk menamatkannya (kontrak Mourinho)," kata Perez. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan