17 Jun 2013

Takaful: Warga emas terima manfaat RM53 juta


8 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Selepas disisih mendapat sebarang peruntukan melaksanakan projek rumah awam kos rendah sejak 1990, Kelantan terpaksa membina sendiri rumah untuk penduduk miskin.

Projek kebajikan rumah dhua’fat diwujudkan bermula pada 2010. Dan sehingga tahun lepas sebanyak RM14.9 juta diperuntukan bagi tujuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, projek berkenaan meliputi membina dan membaiki rumah penduduk miskin, kediaman ditimpa bencana dan rumah dhaif.

“Sebanyak 4,485 penduduk miskin mendapat faedah skim tersebut dalam tempoh 2010-2012. Purata rumah yang dibina sebanyak 340 buah dengan kos antara RM35,000 hingga RM40,000 sebuah.

“Selain itu 4,145 buah rumah dibaiki dengan anggaran setiap sebuah membabitkan kos kira-kira RM10,000,” katanya menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga sehingga sekarang seramai 28,000 keluarga warga emas yang berdaftar dengan Takaful Kifaalah mendapat manfaat sebanyak RM1,500 apabila pencarum meninggal dunia.

Katanya, sejak skim itu dilancarkan sebanyak RM53 juta telah diagih kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: