8 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Georgetown: Kerja mengesan Lim Chin Aik, 44, yang dikhuatiri tertimbus bersama keretanya selepas dihempap serpihan konkrit rod penebat kilat di Jalan Maccalister di sini, masih dijalankan.
Selepas kehilangan penjual nasi lemak itu dilaporkan isterinya Lee Chai Song Jumaat lalu, gerakan mencari dan menggali kawasan yang dihempap mula dilakukan sebelum serpihan keretanya ditemui kira-kira jam 6 petang kelmarin.
Sejak itu, operasi menggali di lokasi terbabit diteruskan dan setakat ini pasukan penyelamat sudah menemui serpihan badan kereta dan juga tiga tayar kereta dalam timbunan runtuhan yang dipenuhi lumpur itu.
Tinjauan di lokasi terbabit sejak jam 7 pagi semalam mendapati kerja menggali dan mencari mayat mangsa giat dilakukan dan sehingga jam 8 malam ia masih diteruskan.
Pasukan penyelamat menggunakan dua jengkaut untuk menggali kawah yang terbentuk akibat ditimpa konkrtit itu yang kini kedalamannya mencecah hingga kira-kira lapan meter.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan